Telur Dadar Super Fluffy Dan Tak Akan Leper : Luar Biasa

186 Views
Yields: 1 Serving Difficulty: Easy Cook Time: 10 Mins

Hidangan telur dadar atau omelette ini sangat popular di negara Jepun. Memang patut pun popular sebab rasanya memang sedap. Uniknya, saya sangat suka dengar bunyi telur ni bila dipotong.

Resepi ini sangat simple untuk dibuat. Tapi dalam post kali ni, lebih kepada teknik untuk mengekalkan bentuk telur dadar yang fluffy dan kembang.

Sebagai contoh, pernah lihat kek yang jatuh (deflated) selepas dikeluarkan dari oven? Sama juga situasinya di sini. Telur dadar pun boleh jatuh atau leper kalau teknik tidak betul.

Di sini saya senaraikan tips untuk kekalkan bentuk telur:

  • Telur kena suhu bilik.
  • Pukul putih telur sampai keras (cuba terbalikkan, kalau tak jatuh tu kira jadi la tu)
  • Masa campurkan kuning telur dengan adunan putih telur yang dah dipukul tu, jangan kacau kuat sangat. nampak macam dah bercampur tu boleh stop.
  • Gunakan api yang perlahan.

Tips ini juga boleh digunakan untuk resepi Souffle Pancake.

Boleh lihat video untuk methods dan resepi.

Selamat mencuba!

 

telur dadar

Ingredients

0/3 Ingredients
Adjust Servings

Instructions

0/5 Instructions
  • Asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur menggunakan mixer. Masukkan gula. Pukul sehingga kembang.
  • Campurkan kuning telur dengan adunan putih telur. Kacau secara perlahan. Jangan overbeat ya.
  • Panaskan kuali. Api yang paling perlahan. Kemudian masukkan butter. Masukkan adunan.
  • Tutupkan dengan penutup dan tunggu 5 minit.
  • Lipat telur dan angkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *