Resepi Japanese Souffle Pancake yang gebu

194 Views
Yields: 2 Servings Difficulty: Easy Cook Time: 20 Mins

Resepi Japanese Souffle Pancake yang gebu.

Fluffy Japanese Pancake ni memang digemari anak-anak saya. Banyak kali suruh buat.

Selain sedap dan gebu, rasanya tak berapa manis. Bila diletak topping, memang perfect!

Jom cuba.

 

souffle pancake

Ingredients

0/5 Ingredients
Adjust Servings

Instructions

0/8 Instructions
  • Asingkan putih telur dan kuning telur.
  • Bahagikan 2 bekas. Bekas A: Campurkan tepung self raising flour, tepung jagung, susu dan kuning telur.
  • Bekas B: Pukul putih telur menggunakan mixer dan masukkan gula. Pukul sehingga putih telur menjadi fluffy dan tidak lembik.
  • Campurkan bekas B dan bekas A. Kacau secara perlahan. Jangan overbeat.
  • Untuk menjadikan souffle pancake berbentuk bulat, gunting parchment paper dan jadikan bentuk bulat. (sila lihat video).
  • Panaskan non-stick pan (low heat) dan letakkan di dalam parchment paper yang telah di bentuk. Letakkan sedikit air panas di tepi pancake. Tutup dengan penutup kuali. Tunggu 4 minit.
  • Pancake boleh diterbalikkan jika bahagian atas telah mengembang dan apabila disentuh tidak melekat di tangan. Terbalikkan pancake dan ulangi langkah diatas dengan meletakkan air panas di tepi pancake. Tutup dengan penutup kuali. Tunggu lebih kurang 3 minit.
  • Angkat dan letak topping yang digemari.

Notes

Tips untuk memastikan souffle pancake tak jatuh :

  1. Telur dalam suhu bilik.
  2. Pukul putih telur sehingga stabil/keras. Nak tahu cuba terbalikkan bekas. Kalau tak jatuh bermaksud sudah menjadi.
  3. Adunan putih telur(yang sudah di pukul) yang dicampur dengan adunan lain tidak boleh dikacau dengan kuat. Sekadar dua adunan itu telah bercampur.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *