Puding Trifle Custard Paling Sedap

196 Views
Yields: 4 Servings Difficulty: Easy

Saya masih ingat masa saya kecil-kecil dahulu, mak saya memang selalu buatkan puding trifle custard. Memang sedap di makan sejuk-sejuk. Masa kecil saya tinggal di Terengganu. Negeri pantai timur memang panasnya lain macam. Orang kata “belengah”. Maksudnya panas yang melekit. Ye lah, negeri yang dekat dengan Laut China Selatan. Jadinya makan dessert yang sejuk memang sangat terasa nikmatnya!

 

puding trifle

Sempena cuti yang panjang ni saya menggunakan masa untuk mengimbau kembali resepi dessert yang sedap ni. Kebetulan cuti ni saya ada di Terengganu. Apa lagi, cepat-cepat saya cari resepi di dalam “buku emas” mak saya. Buku emas tu buku resepi mak saya lah dari zaman muda.

Jom kita tengok resepi di bawah. Kalau nak tengok video dulu pun boleh. Click di sini untuk video.

 

 

Ingredients

0/9 Ingredients
Adjust Servings
  • Custard
  • Jelly

Instructions

0/5 Instructions
    Langkah 1
  • Susun kek yang dipotong di dalam bekas. Asingkan buah fruit cocktail dengan airnya. Air fruit cocktail dituang atas cake sehingga cake nampak basah. Tapi jangan terlalu banyak air.
  • Langkah 2 (Penyediaan custard)
  • (Masak di dapur) Campurkan 120ml air dengan tepung custard. Masukkan 1 tin susu cair, tepung jagung dan gula. Kacau hingga pekat.
  • Langkah 3
  • Letakkan custard yang dimasak diatas kek.
  • Langkah 4 (Jelly)
  • (Masak di dapur) 2 cawan air dicampur dengan jelly powder. Panaskan sehingga menggelegak. Apabila menggelegak, tutup api dan kacau hingga hilang buih.
  • Langkah 5
  • Letakkan jelly ke atas custard. Kemudian taburkan fruit cocktail yang diasingkan tadi. Sejukkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *