Resepi Laksam Sedap

Resepi Laksam Sedap. Laksam ni merupakan masakan dari pantai timur dan diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Kalau di Terengganu, laksam selalunya di makan pagi hari. Jom kita tengok resepi laksam.   laksam
  • Difficulty: Medium
  • Category:
Servings: 1 yield(s)
Prep Time: 15 mins
Cook Time: 30 mins
Total Time: 45 mins
Ingredients
    Penyediaan Laksam
  • 1/2 cup tepung gandum
  • 3 cup tepung beras
  • 5 cup air suam
  • 1/2 tsp garam
  • minyak sedikit
  • Penyediaan Kuah Laksam
  • 3 keping asam
  • 2 hiris halia
  • 2 biji bawang besar
  • 1 tbsp lada hitam
  • 10 ekor ikan (yang telah direbus)
  • garam secukup rasa
  • 1 cup santan
  • 1 1/2 cup air (doublekan sukatan kalau nak kuah lebih)
  • Bahan-bahan lain untuk ditambah
  • ciliboh (yang telah dimasak)
  • belacan
  • lada (optional)
  • bunga kantan
  • limau nipis
  • taugeh
  • daun kesum
  • timun
Instructions
    Cara buat Laksam
  1. Oles minyak pada bekas untuk letak laksam. Panaskan dalam pengukus terlebih dahulu. Pastikan pengukus betul-betul panas. Kemudian campurkan tepung gandum, tepung beras, air suam dan garam. Kacau sebati.
  2. Kacau adunan terlebih dahulu sebelum letakkan di dalam pengukus. Ambil 3/4 cup adunan (bergantung atas saiz yang anda gunakan) dan kukus selama 5 minit. Laksam akan menggelembung apabila masak. Angkat dan condongkan sedikit bekas. Dari bahagian atas bekas, cuil sedikit, laksam akan bergulung sendiri.
  3. Cara buat kuah laksam
  4. Kisar halus halia dan bawang besar. Masukkan asam keping, lada hitam, ikan yang telah direbus, santan, air dan garam secukup rasa. Jika nak kuah banyak doublekan santan dan air. Hidupkan api. Kacau sehingga menggelegak.
  5. Bahan tambahan
  6. Semua bahan ini hanya digunakan sedikit untuk satu hidangan. Ciliboh di masak terlebih dahulu, belacan, lada jika tiada ciliboh, limau nipis dan taugeh, Bahan seperti bunga kantan, daun kesum dan timun dihiris halus.