Kuih Tok Aji Serban

168 Views
Yields: 4 Servings Difficulty: Medium Cook Time: 30 Mins

Kuih Tok Aji Serban memang popular di kalangan orang pantai timur. Kuih ini lebih kurang kuih seri muka kerana ada pulut di bawahnya. Cuma warnanya berbeza dan kuih ini diperbuat dari telur dan santan.

Resepi ini pun memang turun temurun dari nenek saya. Kalau orang-orang tua buat kuih memang tiada sukatan. Perlu dilihat dan cuba buat sendiri baru dapat tahu sukatannya.

Saya suggest untuk tengok video untuk lebih kefahaman ya.

Click di sini untuk video

Jom kita lihat bahan-bahannya di bawah.

tok aji serban

Ingredients

0/9 Ingredients
Adjust Servings
    Bahan-Bahan Pulut
  • Bahan A
  • Bahan B

Instructions

0/4 Instructions
  • Pulut beras direndam terlebih dahulu. Minimum 2 jam. Kemudian toskan. Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin. Masukkan santan ke dalam beras. Jika santan terlalu pekat masukkan air. Pastikan jumlah santan adalah sama paras dengan beras. Masukkan garam dan gaul sebati. Kemudian kukus selama 20 minit. Setelah 20 minit, angkat kukusan beras pulut dan tekan hingga mampat. Kukus balik dalam 5 ke 10 minit.
  • Sediakan bahan A dengan panaskan di dapur. Masukkan air dan nissang (gula melaka). Kacau sehingga cair. Biarkan sejuk.
  • Untuk Bahan B, masukkan telur, santan pekat, garam dan tepung jagung. Kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan campuran bahan A dan B ke dalam kukusan (atas beras pulut). Kukus selama 25 minit. Sejukkan sebelum potong kuih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *