Churros Lembut dan Rangup serta Sos Coklat Yang Sedap

264 Views
Yields: 2 Servings Difficulty: Easy Prep Time: 10 Mins Cook Time: 15 Mins Total Time: 25 Mins

Cara untuk dapatkan churros lembut dan rangup serta sos coklat yang sedap :

Churros kalau di makan semasa panas memang sedap. Di tambah lagi dengan sos coklat yang sedap. Kalau makan di rumah sos coklat tu memang banyak. Tak perlu nak bayar lebih. Saya agak cerewet kalau melibatkan sos coklat. Saya tidak suka terlalu cair atau terlalu manis.

Dalam resepi ini, sos coklat yang saya buat adalah dari coklat beryls. Saya guna dark chocolate. Walaupon dark chocolate kurang manis berbanding milk chocolate, saya tidak menambah gula semasa membuat sos coklat. Bergantung atas coklat yang anda guna. Saya rasa dark chocolate beryls agak manis.

churros lembut

Pertama kali saya membuat churros, adunannya agak keras dan piping bag saya pecah apabila saya memicit churros. Frust sedikit. Resepi kali ini berbeza di mana adunan churros yang dihasilkan memang lembut dan senang untuk picit sebelah tangan. Hasilnya churros lembut yang cantik bentuknya. Selain itu, teksturnya juga lembut dan rangup hingga ke petang.

Usah berlengah lagi, jom kita lihat resepi di bawah.

Sekiranya anda ingin melihat video resepi saya yang lain, anda boleh click sahaja di sini

Anda juga mungkin berminat resepi telur omelette ala-ala jepun.

 

Ingredients

0/9 Ingredients
Adjust Servings
    Resepi Churros
  • Resepi Sos Coklat

Instructions

0/3 Instructions
  • (RESEPI CHURROS) Masukkan air dan butter. Kacau hingga butter cair. Kemudian masukkan tepung superfine. Kalau lagi sehingga sebati. Apabila sebati, tunggu 5 minit untuk bagi sejuk. Kemudian masukkan telur satu per satu. Kacau sehingga adunan bercampur. Setelah adunan nampak sebati, masukkan adunan ke dalam piping bag. Kalau takde piping bag pun tidak apa. Boleh guna plastik segiempat yang transparent tu. Potong di hujung plastik. Dalam video saya letakkan nozzle. Kalau takde nozzle pun tidak apa.
  • Panaskan minyak di kuali. Picitkan churros mengikut ukuran yang dikehendaki. Kemudian potong menggunakan gunting. Masak sehingga churros bertukar warna brown. Apabila churros masak, anda boleh taburkan icing sugar atau golekkan dalam campuran gula dan serbuk kayu manis.
  • (RESEPI SOS COKLAT) Campurkan dark chocolate dengan susu. Panaskan di dapur. Kacau sehingga chocolate cair. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah diletak air terlebih dahulu. Kacau hingga menggelegak sedikit. Tutup api.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *