Apam Mekar Tembikai

212 Views
Yields: 3 Servings Difficulty: Medium Prep Time: 20 Mins Cook Time: 10 Mins Total Time: 30 Mins

Kalau pergi cari kuih, memang kuih apam mekar ni yang saya cari dulu. Apam ni memang lembut dan gebu. Tengoklah texture nya, pecah kat atas. Terserlah kegebuannya.

Apam ni macam-macam versi. Kali ini saya buat versi Tembikai sebab nampak cantik bila pecah. Sebijik macam tembikai. Cuma saya punya takde bijik sebab takde chocolate rice. Kalau anda ada chocolate rice boleh letak dalam adunan warna merah. Lagi nampak real!

apam tembikai

Biasanya untuk resepi apam mekar, banyak yang  menggunakan air soda. Tapi saya menggunakan air Sprite berperisa lemon/limau nipis. Bila kita menggunakan air bergas, kuantiti gula harus dikurangkan. Saya tidak suka kuih yang terlampau manis. Tak boleh telan.. apam yang saya hasilkan tidak terlalu manis. Ok dan sedap.

Cara pembuatannya memerlukan sedikit masa dan kesabaran. Tapi tidaklah terlalu rumit.

Saat yang paling mendebarkan bila menunggu apam untuk masak. Sangat puas disaat kita melihat apam pecah diatasnya.

Jom tengok video cara-cara membuat apam mekar tembikai. Klik disini.

Untuk resepi anda boleh scroll di bawah.

Jom kita cuba.

Ingredients

0/5 Ingredients
Adjust Servings

Instructions

0/4 Instructions
  • Masukkan semua bahan. Pukul sehingga kembang.
  • Bahagikan kepada 3 warna. Putih, merah dan hijau. Letakkan warna putih dan hijau ke dalam piping bag.
  • Masukkan adunan berwarna merah dahulu ke dalam bekas cupcake. Masukkan sehingga 3/4. Kemudian picitkan warna putih di tengah-tengah (sekeliling ada warna merah sedikit). Kemudian tutup dengan warna hijau. Ambil lidi dan buatkan garisan hijau pada bahagian atas. Ini bagi menampakkan jalur pada buah tembikai.
  • Panaskan pengukus, Letakkan apam ke dalam pengukus. Tutup dan buka api besar. Tujuan api besar adalah untuk bagi apam merekah. Kukus selama 5 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *