Resepi Apam Balik Confirm Jadi!

Resepi apam balik yang ni confirm jadi. Sangat senang untuk ikut. Apam balik kalau buat sendiri kita boleh ikut selera kita. Ada orang suka apam balik yang tebal. Ada juga suka yang nipis. Intinya pula boleh lah letak banyak atau tak letak apa yang kita kurang suka. Boleh juga tengok video. Cuma tekan video di...

Resepi Laksam Sedap

Resepi Laksam Sedap. Laksam ni merupakan masakan dari pantai timur dan diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Kalau di Terengganu, laksam selalunya di makan pagi hari. Jom kita tengok resepi laksam.  

Apam Mekar Tembikai

Kalau pergi cari kuih, memang kuih apam mekar ni yang saya cari dulu. Apam ni memang lembut dan gebu. Tengoklah texture nya, pecah kat atas. Terserlah kegebuannya. Apam ni macam-macam versi. Kali ini saya buat versi Tembikai sebab nampak cantik bila pecah. Sebijik macam tembikai. Cuma saya punya takde bijik sebab takde chocolate rice. Kalau...

Puding Trifle Custard Paling Sedap

Saya masih ingat masa saya kecil-kecil dahulu, mak saya memang selalu buatkan puding trifle custard. Memang sedap di makan sejuk-sejuk. Masa kecil saya tinggal di Terengganu. Negeri pantai timur memang panasnya lain macam. Orang kata “belengah”. Maksudnya panas yang melekit. Ye lah, negeri yang dekat dengan Laut China Selatan. Jadinya makan dessert yang sejuk memang...

Kuih Tok Aji Serban

Kuih Tok Aji Serban memang popular di kalangan orang pantai timur. Kuih ini lebih kurang kuih seri muka kerana ada pulut di bawahnya. Cuma warnanya berbeza dan kuih ini diperbuat dari telur dan santan. Resepi ini pun memang turun temurun dari nenek saya. Kalau orang-orang tua buat kuih memang tiada sukatan. Perlu dilihat dan cuba...

Churros Lembut dan Rangup serta Sos Coklat Yang Sedap

Cara untuk dapatkan churros lembut dan rangup serta sos coklat yang sedap : Churros kalau di makan semasa panas memang sedap. Di tambah lagi dengan sos coklat yang sedap. Kalau makan di rumah sos coklat tu memang banyak. Tak perlu nak bayar lebih. Saya agak cerewet kalau melibatkan sos coklat. Saya tidak suka terlalu cair...

Telur Dadar Super Fluffy Dan Tak Akan Leper : Luar Biasa

Hidangan telur dadar atau omelette ini sangat popular di negara Jepun. Memang patut pun popular sebab rasanya memang sedap. Uniknya, saya sangat suka dengar bunyi telur ni bila dipotong. Resepi ini sangat simple untuk dibuat. Tapi dalam post kali ni, lebih kepada teknik untuk mengekalkan bentuk telur dadar yang fluffy dan kembang. Sebagai contoh, pernah...

Resepi Japanese Souffle Pancake yang gebu

Resepi Japanese Souffle Pancake yang gebu. Fluffy Japanese Pancake ni memang digemari anak-anak saya. Banyak kali suruh buat. Selain sedap dan gebu, rasanya tak berapa manis. Bila diletak topping, memang perfect! Jom cuba.  

Resepi Pancake McD Sedap dan Gebu

Resepi Pancake McD Sedap dan Gebu Mmmmm…sedapnya pancake kalau di makan panas-panas. Lagi lah sedap kalau diletak butter atau Nutella. Sekarang ni tengah hot Lotus Biscoff. Boleh juga letak Lotus Spread. Sedap sangat. Lotus Spread tu saya beli di Bake With Yen. Kalau teringin nak pergi Mcdonald nak makan pancake…tak perlu lagi susah-susah nak ke...

Resepi Ayam Pop Corn

Musim PKP rasa nak mengunyah je depan TV. Nak cari popcorn susah pulak. Kali ni kita buat ayam pulak, Popcorn Chicken atau Ayam Popcorn. Ayam Popcorn ni berasal dari KFC. Tapi boleh aje kalau nak buat di rumah.